Tuesday 27 March 2012

Jangan Menyerah

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Kita pasti pernah
Dapatkan cobaan yang berat
Seakan hidup ini
Tak ada artinya lagi

Syukuri apa yang ada
Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik

Tuhan pasti kan menunjukkan
Kebesaran dan kuasanya
Bagi hambanya yang sabar
Dan tak kenal putus asa


Lagu ni la yang menjadi sumber ispirasi aku sepanjang hari ni. Terlintas dlm fikiran aku utk mengibarkan panji putih sebagai tanda aku menyerah. Namun, aku tahu tindakan aku itu akan membuatkn aku menyesal di hari tua nanti. Hari ni aku rasa down sgt. Down sgt2. Cuma Allah yg tahu perasaan ku. Orang cuma nampak aku senyum, tapi tidak satu pun dari mereka tahu apa yang bersembunyi di sebalik senyuman ni :') Well, apa apa pn, aku masih ada lagi 1 paper. Which is yg orang pggil killer subject, including me. 4 credit hour pulak tu. All i can say is, break a leg yaww. Fight till the end. For the sake of Allah, my parents and my future. InsyaAllah. Be strong Farouk, like you always do. Myb orang lain tak tahu, tapi Allah tak pernah terlepas satu pun daripada kisah hidup mu. Allah is always with you Farouk. Always.. :') Tepat jam 11.31 a.m pada 30.3.2012 hari Jumaat. Aku rasa diri ku bagaikan banduan yang sudah bebas selepas menjalani kehidupan di balik gerigi besi yang menjadi tempat menyimpan segala rindu dan kasih. Bagai kan burung yang di bebaskan oleh tuan nya dari sangkar yang menjadi tempat melagukan rasa ingin terbang bebas di angkasa. It's all about freedom. :') bukan aku nak cakap Uitm ni penjara. Tapi, siapa lah yang tidak merindui keluarga tercinta tatkala berjauhan dalam jangka masa yang agak lama? Maybe orang lain, tapi tidak aku :') Till we meet again. Farewell =)

Saturday 24 March 2012

Mahar Cinta

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara di hatiku melagukan rindu
Kiranya engkau mampu mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terucap

Pasti dirimu kan memahami
Harapan kasih yang terbina
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu

Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran

Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihatiku melagukan rindu
Kiranya engkau bias mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terungkap

Pasti dirimu dapat melihat
Rahsia kasih yang terpendam
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu
Selamanya..

Tajuk Nasyid : Mahar Cinta
Artis : Devotees

http://www.youtube.com/watch?v=GTtyj1f0u1Q&feature=share

Friday 23 March 2012

Jalan-jalan Cari Makan

Orang cakap, kita makan untuk hidup. Bukan nya hidup untuk makan. Even mengikut sunnah Rasulullah sendiri, makan apabila lapar, dan berhenti sebelum kenyang. Jangan makan sampai berlebih-lebih, sampai ketat perot tu, kerana perot yg terlalu kenyang akan membuatkan kita malas nak beribadat. Lagi-lagi kalau dalam bulan Ramadhan, masa berbuka semua nak sumbat, last-last tawarih, eh silap, tarawih entah kemana. Haih, point dia sebenar nya, sje je nak bgtahu yg kita buat program jalan-jalan cari makan sendiri baru-baru ni. Tapi makan sekadar merasa. Ya la, kat negeri org, rasa la selera org jap. Heee.

Pagi-pagi lagi kita dah bangun, lepas subuh exercise sikit, lepas tu grab a bicycle and go for a ride. Amalan hidup sihat la katakan, hehe. Berkayuh mencari warung roti canai terhampir.






Ok, mula-mula kita nak tunjuk gambar masa makan roti canai kahwin. Haaa, nama tak nak kalah kan? haha, yg di maksudkan roti canai kahwin tu adalah roti telur dan roti kosong di campurkan dalam satu pinggan. Alhamdulillah, enak rasa nya. Kuah dia pun tak kurang sedapnya =)


Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim di iringin doa makan yg rasa nya tak perlu la saya taip di sini, hehe.  Kita memulakan suapan pertama. Nyum nyum :D


Untuk kisah kedua pula. Mr.Presiden belanja semua JPK n Residen Staff makan steambot special punya. WeeHee. Kalau dah namanya free, apa yg tak sedap ye dok? Heee. Kami ramai2 memenuhi segenap ruang yg ada dalam bas UITM tu and happily waiting the driver to drive us and reach to the destination. Tempat yg kami pergi tu merupakan steambot no.1 kat perlis ni. The best la org ckp. Tak heran la ramai betul org masa kami smpai tu.

Tengok menu yg ada.. SubhanAllah, kalau di ikutkan nafsu boleh meletup perot tau. Hehe, tp amik yg berpada-pada je, sekadar merasa :)





k sebenarnya saja nak cover perot kita yg tengah 'come' tu. hihi

Tapi cek habaq kt hang, berpada-pada pun mau buncit jugak perot kita ni nak merasa semua. Kalau ikutkan hati nak je tambah lg, tp teringat pulak pesan umi kita, kalau nak makan, jangan smpai terlalu kenyang. Tak baik utk kesihatan :) so.. kita pun stop la. Hee. Lgpun, mmg jrg nk makan smpai kenyang2 sangat ni. Nanti gemuk. Tak nak la, nk maintain slim je selalu. Muahahaha. Baiklah, dah nak subuh ni. Sampai ketemu lagi di entry yg akn dtg. InsyaAllah. See ya (^^)v

Lelaki Beristeri Empat

Seorang lelaki mempunyai 4 isteri. Isteri pertama, sudah tua dan kebiasaannya jarang diperhatikan. Istri ke-2 agak boleh diterima lg, masih diperhatikan. Istri ke-3 masih cantik dn cukup diperhatikan. Istri ke-4 masih muda, tentulah lbh diperhatikan dan di sanjung2 serta diutamakan. Ketika suami meraka hndk meninggal dunia, dipanggilnya isteri yg ke-4 dan ditanya, “ Mahukah kamu menemaniku ke alam kubur ?”
Si isteri menjawab, “ Sorry ! cukup sampai disini saja saya ikut denganmu.”

Dipanggil isteri yg ke-3 dan ditanya hal yg sama, maka dijawab, “ Sorry !,.. saya hanya akan menghantarmu sampai di bilik mayat "

Kemudian dipanggil isteri ke-2 dan ditanya hal yg sama, maka dijawab, “ Baik, saya akan menemanimu tapi hanya sampai keliang kubur, setelah itu goodbye !”

Suami sungguh kecewa mendengar semua itu,.. tetapi inilah kehidupan dan saat bila mana menjelang kematian.. Lalu dipanggilnyalah isteri pertama dan ditanya hal yang sama, si suami tak menyangka dgn jawapan isteri pertama, “ Saya akan menemani kemanapun kamu pergi dn akan sentiasa mendampingimu ..”

Siapakah yg bernama isteri pertama sampai ke 4 itu ?

Isteri ke-4 adalah harta kekuasaan dan kekayaan. Mereka akan meninggalkan jasad kita seketika saat kita meninggal.

Istri ke-3 adalah teman-teman kita. Mereka hanya akan menghantar jasad kita hanya sampai di bilik mayat sahaja. 

Istri ke-2 adalah keluarga, saudara dan teman dekat kita.. Mereka akan menghantar kita sampai dikubur, dan akan meninggalkan kita setelah mayat kita dimasukkan dalam liang kubur dan ditutup dgn tanah.

Isteri pertama adalah Tindakan dan Perbuatan kita selama hidup di dunia. Amalan kita, apa yang kita kerjakan sepanjang hidup kita. Kawan-kawan, sementara nyawa masih di kandung badan, beramal lah kamu dengan amalan yang baik. Dunia kita sudah tua, mungkin kawan-kawan yang berkngsi umur seperti saya tdk smpat pun melihat dunia dalam 30 tahun akan datang. Ingat lah, perkara yg paling hampir dengan kita adalah MATI



Awak... Awak dah bersedia ke awak? :'( Awak dah cukup kuat nak menjawab soalan mungkar dan nangkir di kubur nanti? Saat dia bertanya pada awk, 'Ma Robbuka' awak yakin amalan awk mampu menjawab nya? Allah Maha Pengampun, ikhlas kan hati, rendah kan diri. Sujud pada-Nya, mohon pada-Nya. Dia tidak pernah menolah taubat hamba-hambaNya yg benar-benar ikhlas :') InsyaAllah.

Nikah Gantung..?



Title menarik perhatian anda? Ternyata anda berjiwa muda dan remaja. Haha. Dalam liku liku kehidupan ni, tipu la kalau awk ckp awk x pernah terfikir psl kahwin. Tapi topik hari ni lebih kepada konsep Nikah Khitbah atau dalam erti kata lain Nikah Gantung. Apa yang di maksudkan dengan nikah gantung? Sama-sama kita perhalusi satu persatu baris ayat di bawah.






Nikah gantung (atau dalam Bahasa Arab disebut Nikah Khitbah) sebenarnya bermaksud pernikahan di mana pasangan pengantin tidak duduk serumah dalam satu-satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama kedua-dua belah pihak. Tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri juga diringankan dan boleh dilepaskan.

Dalam kata lain, majlis akad nikah diadakan terlebih dahulu tapi majlis kenduri kahwin (walimatul urus) diadakan kemudian. Penangguhan majlis kenduri kahwin tersebut boleh hingga menjangkau tempoh bertahun-tahun lamanya.

Akan tetapi rukun-rukun perkahwinan seperti biasa perlu diikuti iaitu perlu ada suami, isteri, wali, saksi dan akad (Ijab Qabul). Tidak ketinggalan juga maskahwin pun perlu dibayar. Untuk hantaran boleh ditanggunhkan dulu.

Sebab-sebab biasa nikah gantung ini dibuat adalah seperti:

Suami masih tidak mampu menyara sepenuhnya kos hidup isteri seperti rumah sewa, pakaian dan sebagainya.
Pasangan masih lagi menuntut dan masih belajar.
Belum bersedia memberi komitmen sepenuhnya dalam menunaikan tanggungjawab berumahtangga.
Setelah majlis akad nikah berlangsung, kedua-dua pasangan perlu tinggal secara berasingan sehingga benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Pada kebiasaannya pasangan ini akan tinggal di rumah ibubapa masing-masing.

Tujuan utama nikah gantung ini dilakukan ialah bagi mengelakkan berlakunya penzinaan dan kelahiran anak luar nikah. Setelah kedua-dua pasangan ini melalui nikah gantung, mereka boleh bertemu, berdating, dan bermesra. Malah jika melakukan seks pun hingga melahirkan anak ianya tidak salah dan tidak haram. Anak yang mereka lahirkan itu adalah sah hukumnya.

Walaupun mereka nikah gantung, mereka adalah pasangan suami-isteri yang sah di sisi agama Islam dan undang-undang Kerajaan Malaysia.

Dari sini anda dapat lihat bahawa kesucian institusi kekeluargaan itu dapat terus dipelahara. Si gadis yang hamil dalam tempoh nikah gantung tidak perlu berasa panik dan gerun oleh kerana anak yang dikandung adalah sah. Dengan ini kes-kes dan isu pembuangan bayi tidak akan berlaku.

Di sinilah anda boleh lihat bahawa ajaran Islam itu amatlah mudah dan mampu meringankan umatnya dalam menjalani kehidupan seharian.

Semoga dengan perkongsian ini memberi manfaat buat anda.

FAKTA: Kebanyakan umat Islam kurang mempunyai kefahaman mengenai Nikah Khitbah dan takut mengambil risiko. Sama-sama kita semarakkan ilmu agama semoga kita sentiasa mendapat kefahaman :)

Saya faham, ramai remaja skrg ni sy lihat dah byk yg duk sibuk ckp pasai kahwin. Niat tu dah ada, cenderung tu dah ada. Tapi yg kita takutkan, adalah, apabila lelaki dan perempuan saling bercinta, tnpa sebuah ikatan yg sah. Macam2 boleh jadi, berapa byk dosa boleh timbul. Kalau dating berdua pun, itu dah di kira mendekati zina. Kita rujuk balik ayat La taqrobu zina, fil ma'na, jangan kamu menghampiri zina.

Dalam Al-Quran dah tertera perintah Allah yg sedemikian. Masih berani mu nak buak? *Accent ganu kejap. Hehe. Cinta tu kan sesuatu yg suci, jgn lah di cemari dan dinodai dengan perbuatan yg keji. Kalau dh teringin sgt nk bercinta, biar lah dengan aliran yg betul. Cakap i love you pun dah kira dosa. Tapi, kalau dah kahwin, cakap i love you pada isteri dah dikira pahala. Tak ke mudah gitu? Tapi cinta isteri tu cinta jugak, jgn smpai terabai cinta pada pencipta cinta itu sendiri yakni Allah Azza Wajalla. Sebagai student, yg sy nmpk, ini la cara paling terdekat. InsyaAllah, niat kerana Allah, Allah akn permudahkan. Membina masjid tu kan, perbuatan yg mulia :P dok gitu..?

Bukan apa, ada hikmah sbnr ny kalau kahwin muda, suka bagi saya untuk memperingatkan kaum lelaki, ada kajian dibuat oleh ahli saintis, hasil kajian tersebut mendapati lelaki yang berkahwin lewat, boleh menjadi punca anak kurang bijak. Kesahihan fakta masih dalam pemerhatian. Lalalala.



Bagi mereka yang rungsing, memikirkan bagaimana pula dengan pelajaran mereka nanti. Maklumlah, sudah ada suami, hati dok ingat kat hok suami ja. Lagu mana..? Mu tokse risau. Dah ada yg cuba, ini bukti nya :)


macam yang saya sebutkan tadi, InsyaAllah, jika niat kerana Allah. Allah akan bantu dan permudahkan. Yakin pada Allah. Patuh pada Dia. Masakan dia tidak mahu menolong mu wahai hamba Allah yang beriman?
basic dia kena jaga ibadah2 yg lain dulu. Solat jangan jadikan mainan. MESTI. WAJIB cukup 5 waktu plus minus Sunat Qabliyah dan Sunat Ba'diyah untuk additional. Kerana jika solat mu sempurna, insyaAllah, sempurna lah yg lain nya. Semua nya bermula dengan hati. Apa-apa pn, renung-renung kan, dn selamat beramal :)


p/s: Selagi boleh tahan tu, tahan la kejap 2 , 3 tahun lg. Tak lama, pejam celik, kejap je :)
       jika ada yg tersilap, author minta agar di tegur utk perbaiki mana-mana yg
       khilaf dalam diri author.
       Terima Kasih :)

Link Mengenai Nikah Khitbah oleh Ustaz Azhar Idrus: http://www.youtube.com/watch?v=-JvpNrNp3aA

Wednesday 7 March 2012

Rintihan Hati

Tatkala hati sedang sibuk di landa ribut taufan yang tidak mahu berhenti. Saat fikiran berserabut seperti benang kait yang bersimpulan tiada tanda penghujung. Saat dunia kelihatan seperti hitam kelam tanpa warna yang menyerikannya. Saat diri terfikir mahu duduk terperuk di hujung bucu dinding menangis sendiri.

Saat itulah datangnya pelangi yang mencuri masuk dalam pandangan. Saat itu juga datangnya matahari seperti munculnya lampu suluh memancarkan cahayanya dalam kegelapan malam tanpa sinaran rembulan. Saat itu jugalah datang si burung berkicauan mematikan lamunan bahawa dengan bersedih tidak mampu memadamkan segala masalah.

Apabila hati bersulamkan suramnya awan gelap di awangan, Allah datangkan cahaya rembulan dari kejauhan untuk bantuan berjalan supaya tidak jatuh terhempas dek kegelapan. Datangnya dalam bentuk tulisan. Yang diilhamkan oleh Tuhan kepada mahluknya yang berlainan.
Rembulan


Allah mengujimu kerana Allah menyayangimu, maka ukirlah senyuman dibibir mu. :)

"Apabila Allah mencintai seorang hamba, maka Dia akan mengujinya. Jika hamba itu bersabar dan redha maka Dia akan memilihnya menjadi kekasihNya"
(Hadis riwayat Ibnu Majah)

Mana mungkin senyuman tidak datang bertandang. Mana mungkin hati tidak tenang. Mana mungkin akal fikiran tidak lapang. Mana mungkin dunia tidak menjadi sang terbang bebas lagak helang. 

"Kami tak tahu ini rahmat atau musibah. Tapi kami berprasangka baik pada Allah."
-Salim A Fillah

Matahari 


Sesungguhnya Nabi Muhammad S.W.T pernah bersabda;

"Manusia yang paling berat ujiannya adalah para nabi, kemudian yang terbaik sesudah mereka, kemudian yang terbaik sesudah mereka. Seseorang diuji sesuai kadar agamanya. Jika agamanya kuat, ujiannya berat. Jika agamanya lemah, dia diuji sekadar agamanya. Ujian terus mendera hamba sampai membiarkannya berjalan di muka bumi tanpa menyandang sedikit pun dosa."

Pelangi 

Ketika Allah merindui akan hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian. Dalam hadis Qudsi Allah berfirman;

"Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya."
(Hadis Riwayat Thabrani dari Abu Umamah)


fiGhter7
via ILuvIslam.com

Sunday 4 March 2012

Mr Low Profile


His Hair


His Eyelashes 




His Little Beard

Cukuplah Aku Mencintai Dalam Diam




Kalau kita sukakan seseorang,
Jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya.
Tapi luahkan pada Allah,
Beritahulah Allah. Mengadu padanya.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita.

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan.
Kirimkan doa buatnya. Moga dia hidup aman tenteram.

Jika benar cinta itu kerana Allah maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran Allah, kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah maka ia pun berhilir hanya kepada Allah.


“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah.”

(Adz Dzariyat : 49)


Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah.


“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk.”
(Al Israa’ : 32 )


Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan seseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.

Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas,
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu.





Cukup cintai dalam diam,
bukan kerana membenci hadirnya,
tetapi menjaga kesuciannya,
bukan kerana menghindari dunia,
tetapi meraih syurga-Nya,
bukan kerana lemah untuk menghadapinya,
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan.
Cukup cintai dari kejauhan,
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian,
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan,
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga.

Cukup cintai dengan kesederhanaan,
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan,
menumbuhkan harapan hanya akan memberi kebahagiaan para syaitan.
Cintailah dengan keikhlasan,
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati sanubari,
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..?


“.. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”


(Al Baqarah : 216 )

Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.

Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri.
Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan,
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan,
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan.
Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan,
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya,
biarkan Dia yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya.


“Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.”

(Umar Bin Khattab ra)


If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years
then you can do it in the halal way


“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”

(HR. Al-Hakim)









Sebelum tiba waktunya untuk kamu halal bersama si dia, tahanlah hatimu. Tahanlah perasaanmu. Jika perasaan itu tidak tertahan lagi, coretkan segala isi hatimu tentang cinta & rindu, tentang doa & harapanmu padanya dalam tulisan. Dan simpanlah warkah yang tidak beralamat itu sebaik mungkin.

Apabila tiba saatnya kamu disatukan, maka serahkanlah segala isi hatimu itu padanya. Dia pasti bahagia menerimanya, tetapi jika waktu itu belum tiba. Biarlah ia menjadi Rahsia antara dirimu dan Sang Pencipta sahaja kerana kelak jika dia bukan milikmu, bakarlah coretan itu bersama hilangnya wajah si dia dari hatimu.

fiGhter7
via Diari Hati