Wednesday 11 April 2012

Lelaki Berbasikal

Dalam penat lelah aku seharian bekerja di hari cuti umum ini yg pelanggan nya MasyaAllah ramai nya tak terbilang, tekad hati ku utk menguatkan kaki menapak menujuk ke Rumah Allah bagi menunaikan Solat Maghrib berjemaah sebaik pulang dari tempat kerja.

Dalam perjalanan ku, terlihat akan aku kepada seorang lelaki yang sedang berbasikal, berketayap putih dan berjanggut sederhana. Dibahagian belakang basikal. di bonceng akan isteri nya yg terpakai elok jubah hitam sambil memeluk rapi kain telekung putihnya dalam dakapan.

Terpukul dan tersentuh hati ku melihat situasi itu. Mereka hanya berbasikal..! Seorang suami membonceng isterinya besama-sama menuju ke Masjid..! Bayangkanlah, dengan penat lelah lelaki tadi menguatkan kakinya mengayuh basikal dlm keadaan isteri nya yg agak 'berat' bagi aku. Jika lelaki ini mampu, kenapa tidak aku? sedangkan aku hanya sendiri dan rumah ku hanya beberapa langkah dari masjid?

Focus utama adalah kepada pak cik tadi, sungguh.. hati aku tersentuh melihat situasi itu. Lelaki seperti itu lah yg akan memimpin dan membimbing isteri nya menuju ke Syurga yg d'janjikan Allah. Lelaki seperti itu lah yg akan membawa kalian wahai kaum hawa ke jalan yg benar dan di redhai Allah.



Lelaki seperti itu lah yg seharusnya kalian cari wahai kaum hawa, dan apabila sudah ketemu. Hargai lah ia, kerana menemukan berlian dalam timbunan kaca mungkin peluang yg hanya sekali dalam seumur hidup. Wallahu'alam :)




fiGhter7

Monday 2 April 2012

Alone

Being alone doesn't mean you are not interesting enough. It's actually means u are too cool to everybody. Allah is always by your side. Always :)