Wednesday 7 August 2013

Salam Aidilfitri 2013

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum W.B.T :)
Pertama sekali sy ingin panjatkn syukur kehadrat Ilahi kerana mengizinkan kita utk bersama-sama merasai kenikmatan syawal yg mulia ini selepas sebulan berpuasa. Alhamdulillah. Semoga apa yg kita pelajari & amalkan sepanjang Ramadhan yg lalu dpt dipraktikkan & diamalkan secara istiqomah.

Seterusnya, suka bg sy utk mengucapkan Salam Eidulfitri buat semua sahabat, teman, guru2, saudara, saudari, tuan2 & puan2 sekalian. Dikesempatan ini izinkan sy memohon maaf dari hujung rambut sampai ke hujung kuku kaki andai pernah tersilap bicara atau silap dimana-mana, jika ada hutang yg belum terlangsai, mohon diingatkan. Jangan disimpan dendan dihati, moga-moga Allah ampunkan dosa-dosa kita yg lalu saat kita masih jahil & khilaf.

Sekian, Maaf Zahir & Batin dari insan yg hina & penuh kekurangan ini :)
Farouk Hatta.

Tuesday 2 July 2013

The Answer

Bismillahirrahmanirrahim,

Jam menunjukkan pukul 2.30 pagi. Suasana sebegitu sunyi. Angin bertiup perlahan. Begitu tenang sekali. Setenang hati ini. Sebelum saya memilih untuk menulis entry ni, saya memohon agar Allah bersama saya dalam menjawab persoalan awak. To you, whoever you are, where ever you are. Saya buka topic ni kepada scope yg lebih besar ya, yang bersifat lebih umum. Ditujukan kepada sesiapa sahaja bakal zaujah diluar sana.

Saya.. bukan lah sesiapa, hanya seorang hamba yg cuba untuk menjalani kehidupan biasa yg penuh dgn kesederhanaan namun berlandaskan sunnah dan syariat Islam. Sedang mencuba, sedang belajar. Berusaha untuk mencari redha Allah dalam apa jua yg saya kerjakan, baik yg dilihat mahupun tidak. Tapi kdg kala tersungkur juga. Cuma Alhamdulillah, Allah masih pinjamkan kekuatan utk saya bangkit semula.

Sejujurnya, saya tak pernah jangka akan menerima soalan seperti ini pada usia semuda ini. Macam cerita novel pulak. Selalu baca novel, kisahnya semua luar biasa, kdg-kdg teringin jugak nak mencipta kisah tersendiri. Lain daripada yg lain. Sometimes i want to different, to take the path that not everyone dare to take. Memang dari dulu, cita-cita saya nak kahwin pada usia muda. Benar, muda hanya sekali. Ramai remaja menghabiskan waktu muda mereka dgn perkara sia-sia, dengan cinta remaja, tapi itulah pengalaman kata mereka. Berbeza dgn pandangan saya.

Cinta, dulu saya pernah merasa, ya, memang indah, perasaan seperti ini pasti akan dirasai setiap insan yg dikurniakan hati nurani, yg mahu dirinya disayangi dan menyayangi. Tapi kini saya sedar, cinta tu tanpa Allah sebagai perantara maka ia adalah sia-sia. Sedangkan Allah adalah pencipta segala rasa, pemilik setiap hati manusia. Cintai Allah, Cintai Rasulullah, makan Dia akan kirimkan seseorang untuk kita merasai kemanisan cinta sesama manusia.

Berbicara tentang kahwin pada usia muda, ianya bukan sesuatu yg perlu dipandang remeh, kerana perkahwinan ni merupakan satu tanggungjawab, satu amanah. Sebagai seorang lelaki, apabila dia sudah beristeri, maka isteri itu adalah tanggungjawab bagi dirinya. Auratnya, pergaulannya, cara kehidupannya, semua tu merupakan tugas si suami utk dijaga, tugas bersama. Perkahwinan ni sebenarnya satu perkongsian. Tak susah jika dijaga bersama.

Untuk lelaki yg mcm saya, tidak punya apa-apa, aset mahupun harta, ia merupakan satu ujian buat si isteri andai kata saya dipilih utk bersama dirinya. Kerana boleh dikatakan hidup tak boleh nak mewah, semua nak kena jaga, apa yg ada pun perlu dikongsi bersama, kiranya bermula daripada bawah. Zero. Perlukan sekeping hati yg tabah kerana seisi dunia akan menguji keduanya, awak dan saya. Tapi awak jgn lupa, sesungguhnya rezeki itu ada didalam perkahwinan. Bila kita yakin, kita percaya dgn janji Allah, kita tabah, kita sabar, kita husnuzon (bersangka baik) dgn takdir Allah, tak mustahil, Allah akan bantu kita, pimpin kita setiap langkah. Awak ingat lagi rukun iman yg pertama? Percaya kepada Allah :')

Sebelum awak fikir lebih jauh, saya cuma nak bagitahu, ilmu agama saya tak dalam mana pun, tahu yg basic-basic je, macam yg saya cakap tadi, masih belajar, masih mencuba... Tapi apa yg saya harapkan, daripada dulu lagi, adalah diketemukan oleh seseorang yg mampu menerima saya seadanya dan sudi berubah dan belajar ke arah yg lebih baik dalam usaha utk mencapai ataupun mencari Mardhatillah (Redha Allah). Saling berkongsi, saling berpesan-pesan, saling menegur, saling mengajar, saling mengingatkan :') Kerana selaku manusia biasa, saya ni selalu lupa dan alpa, perlu selalu diingatkan agar tidak hanyut dari tujuan asal. Benar, alangkah indahnya bahtera perkahwinan itu jika dikemudi oleh seorang pemuda acuan Al-Quran, seorang pemuda yang berusaha utk mencontohi kehidupan baginda Rasulullah S.A.W, tapi ketahuilah bahawa diri ini tidak akan mampu menjadi sempurna, diri ini diliputi sebegitu banyak dosa. Jika sempurna yg awak cari, saya bukanlah orangnya.


Saya tak mencari cinta, kerana saya masih muda, tapi kalau Allah dah rancang sesuatu diluar perancangan saya, saya yakin ia adalah yg lebih baik, kerana Dia adalah merupakan sebaik-baik perancang. Dia mengetahui diri ini, lebih dari diri saya sendiri. Saya pernah berjanji pada diri saya, bahawa cinta, selayaknya diberi hanya selepas nikah. Itu prinsip saya. Cinta selepas nikah. Kerana saya mahu, apa yg diberikan kepada dia kelak merupakan sesuatu yg eksklusif, yg tidak sewenangnya diberikan kepada sesiapa.

Berbalik kepada soalan tadi, "kalau ada orang perempuan cuba melamar awak sebagai suami, pada masa terdekat ni . awak terima ?". Jawapan kepada soalan ini bergantung kepada hasil perbincangan kedua-dua belah pihak. Boleh jadi diterima, boleh jadi ditangguhkan, boleh jadi Allah ada perancangan yg lebih baik. To bo honest, if there are any girls out there who brave enough to do so, she'll have my respect. Sincerely from my heart. Ia bukan sesuatu yg perlu dimalukan, tetapi sesuatu yg perlu diberi penghargaan dan kehormatan. Saya akan consider sehabis baik, berbincang dgn byk pihak, istikharah dan jika tiada halangan, siapa tahu.. Andai kata jodoh saya sampai awal, saya tak kan menolak. Awak tahu kan..?

"Wanita itu dinikahi kerana 4 perkara, kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya, dan agamanya. Maka pilihlah yang ta'at beragama, nescaya kau akan beruntung." (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Islam sendiri dah guide para pemuda bagaimana utk memilih calon isteri. Pilihlah agamanya, namun jika bersama dirinya ada kecantikkan, baik keturunannya, banyak hartanya, atau salah satu drpd nya, ia merupakan satu bonus buat si pemuda utk membuat pilihan. Namun cukup bagi saya, jika seorang wanita itu, faham akan agama, sabar hatinya, tabah jiwanya, sopan budi bahasanya. Itu sudah memadai, kerana manusia boleh belajar dan berubah. Selagi mana ada niat atau keinginan utk berubah, insyaAllahu ta'ala dia mampu. Saya teringat akan satu hadis yg pernah dibaca dalam salah satu buku beberapa tahun yg lepas..

 “Apabila orang yang kamu reda agama dan akhlaknya datang meminang, hendaklah kamu mengahwinkannya. Sekiranya kamu tidak melakukannya. Nescaya akan timbul fitnah dan kerosakan di atas muka bumi ini.” (Hadis sahih riwayat Tirmizi, no. 1080)

As i said before, it's all depends on the situation. Tak berani berjanji utk terima, tapi berjanji utk consider sebaiknya. Kerana ia merupakan cita-cita saya utk berkahwin dalam usia muda, elak zina, elak fitnah, menggandakan pahala. Usaha yg baik, jika diniatkan kerana Allah, nescaya Dia akan bantu. InsyaAllah.
So jawapan saya, tampil ke hadapan dan mari berbincang.

Wallahu'alam Bissawab :)

Sunday 2 June 2013

Ubah. Hijrah.



"Ketika aku muda, aku ingin mengubah seluruh dunia. Lalu aku sedari, betapa sukar mengubah seluruh dunia ini,


lalu aku putuskan untuk mengubah negaraku saja. Ketika aku sedari bahawa aku tidak boleh mengubah negaraku, aku mula berusaha mengubah bandarku. Ketika aku semakin tua , aku sedari tidak mudah mengubah bandarku. Maka aku mula mengubah keluargaku. Kini aku semakin tua, aku pun tak boleh mengubah keluargaku. aku sedari bahawa satu-satunya yang boleh aku ubah adalah diriku sendiri.


Tiba-tiba aku tersadarkan bahawa bila saja aku boleh mengubah diriku sejak dahulu, aku pasti boleh mengubah keluargaku dan bandarku. Pada akhirnya aku akan mengubah negaraku dan aku juga mungkin boleh mengubah seluruh dunia ini. "


Tidak ada yang boleh kita ubah sebelum kita mengubah diri sendiri. Tak boleh kita mengubah diri sendiri sebelum mengenal diri sendiri. Takkan kenal pada diri sendiri sebelum kita kenal pencipta kita, Allah Azza Wajalla. Wallahualam :)

Thursday 30 May 2013

Permata Yang Dicari

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat ku bergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

Senyuman


Senyuman ini tidaklah indah, tetapi insyaAllah ianya ikhlas :)

Friday 1 March 2013

Perkahwinan Bukan Satu Beban

‎"Bagaimana seorang pelajar tahun akhir universiti yang hampir bunuh diri kerana depresi (tekanan) setelah ditinggalkan kekasih mengubah kehidupannya 180 darjah menjadikannya insan yang paling bahagia di muka bumi ini dengan perkahwinan di usia awal. Berikut adalah coretan terus dari hati dan mata pena beliau."

Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, "Nak bagi bini makan apa? Pasir?"

Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami 'declare', untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar.

Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar 'cinta rebound', tetapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani hubungi ayah saya dan minta izin untuk berkahwin kerana takut kehilangan saya lagi. Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah.

Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.
Simple bukan? Kenapa perlu pening? Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.

Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak? Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.

Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru. Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.
"Seganlah. Nanti orang kata apa."
"Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran."

Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.
Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!!
Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.

Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.

Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.

Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.
Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.

Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

-Credit to Cinta Selepas Nikah (Facebook)