Friday, 23 March 2012
Nikah Gantung..?
Title menarik perhatian anda? Ternyata anda berjiwa muda dan remaja. Haha. Dalam liku liku kehidupan ni, tipu la kalau awk ckp awk x pernah terfikir psl kahwin. Tapi topik hari ni lebih kepada konsep Nikah Khitbah atau dalam erti kata lain Nikah Gantung. Apa yang di maksudkan dengan nikah gantung? Sama-sama kita perhalusi satu persatu baris ayat di bawah.
Nikah gantung (atau dalam Bahasa Arab disebut Nikah Khitbah) sebenarnya bermaksud pernikahan di mana pasangan pengantin tidak duduk serumah dalam satu-satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama kedua-dua belah pihak. Tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri juga diringankan dan boleh dilepaskan.
Dalam kata lain, majlis akad nikah diadakan terlebih dahulu tapi majlis kenduri kahwin (walimatul urus) diadakan kemudian. Penangguhan majlis kenduri kahwin tersebut boleh hingga menjangkau tempoh bertahun-tahun lamanya.
Akan tetapi rukun-rukun perkahwinan seperti biasa perlu diikuti iaitu perlu ada suami, isteri, wali, saksi dan akad (Ijab Qabul). Tidak ketinggalan juga maskahwin pun perlu dibayar. Untuk hantaran boleh ditanggunhkan dulu.
Sebab-sebab biasa nikah gantung ini dibuat adalah seperti:
Suami masih tidak mampu menyara sepenuhnya kos hidup isteri seperti rumah sewa, pakaian dan sebagainya.
Pasangan masih lagi menuntut dan masih belajar.
Belum bersedia memberi komitmen sepenuhnya dalam menunaikan tanggungjawab berumahtangga.
Setelah majlis akad nikah berlangsung, kedua-dua pasangan perlu tinggal secara berasingan sehingga benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Pada kebiasaannya pasangan ini akan tinggal di rumah ibubapa masing-masing.
Tujuan utama nikah gantung ini dilakukan ialah bagi mengelakkan berlakunya penzinaan dan kelahiran anak luar nikah. Setelah kedua-dua pasangan ini melalui nikah gantung, mereka boleh bertemu, berdating, dan bermesra. Malah jika melakukan seks pun hingga melahirkan anak ianya tidak salah dan tidak haram. Anak yang mereka lahirkan itu adalah sah hukumnya.
Walaupun mereka nikah gantung, mereka adalah pasangan suami-isteri yang sah di sisi agama Islam dan undang-undang Kerajaan Malaysia.
Dari sini anda dapat lihat bahawa kesucian institusi kekeluargaan itu dapat terus dipelahara. Si gadis yang hamil dalam tempoh nikah gantung tidak perlu berasa panik dan gerun oleh kerana anak yang dikandung adalah sah. Dengan ini kes-kes dan isu pembuangan bayi tidak akan berlaku.
Di sinilah anda boleh lihat bahawa ajaran Islam itu amatlah mudah dan mampu meringankan umatnya dalam menjalani kehidupan seharian.
Semoga dengan perkongsian ini memberi manfaat buat anda.
FAKTA: Kebanyakan umat Islam kurang mempunyai kefahaman mengenai Nikah Khitbah dan takut mengambil risiko. Sama-sama kita semarakkan ilmu agama semoga kita sentiasa mendapat kefahaman :)
Saya faham, ramai remaja skrg ni sy lihat dah byk yg duk sibuk ckp pasai kahwin. Niat tu dah ada, cenderung tu dah ada. Tapi yg kita takutkan, adalah, apabila lelaki dan perempuan saling bercinta, tnpa sebuah ikatan yg sah. Macam2 boleh jadi, berapa byk dosa boleh timbul. Kalau dating berdua pun, itu dah di kira mendekati zina. Kita rujuk balik ayat La taqrobu zina, fil ma'na, jangan kamu menghampiri zina.
Dalam Al-Quran dah tertera perintah Allah yg sedemikian. Masih berani mu nak buak? *Accent ganu kejap. Hehe. Cinta tu kan sesuatu yg suci, jgn lah di cemari dan dinodai dengan perbuatan yg keji. Kalau dh teringin sgt nk bercinta, biar lah dengan aliran yg betul. Cakap i love you pun dah kira dosa. Tapi, kalau dah kahwin, cakap i love you pada isteri dah dikira pahala. Tak ke mudah gitu? Tapi cinta isteri tu cinta jugak, jgn smpai terabai cinta pada pencipta cinta itu sendiri yakni Allah Azza Wajalla. Sebagai student, yg sy nmpk, ini la cara paling terdekat. InsyaAllah, niat kerana Allah, Allah akn permudahkan. Membina masjid tu kan, perbuatan yg mulia :P dok gitu..?
Bukan apa, ada hikmah sbnr ny kalau kahwin muda, suka bagi saya untuk memperingatkan kaum lelaki, ada kajian dibuat oleh ahli saintis, hasil kajian tersebut mendapati lelaki yang berkahwin lewat, boleh menjadi punca anak kurang bijak. Kesahihan fakta masih dalam pemerhatian. Lalalala.
Bagi mereka yang rungsing, memikirkan bagaimana pula dengan pelajaran mereka nanti. Maklumlah, sudah ada suami, hati dok ingat kat hok suami ja. Lagu mana..? Mu tokse risau. Dah ada yg cuba, ini bukti nya :)
macam yang saya sebutkan tadi, InsyaAllah, jika niat kerana Allah. Allah akan bantu dan permudahkan. Yakin pada Allah. Patuh pada Dia. Masakan dia tidak mahu menolong mu wahai hamba Allah yang beriman?
basic dia kena jaga ibadah2 yg lain dulu. Solat jangan jadikan mainan. MESTI. WAJIB cukup 5 waktu plus minus Sunat Qabliyah dan Sunat Ba'diyah untuk additional. Kerana jika solat mu sempurna, insyaAllah, sempurna lah yg lain nya. Semua nya bermula dengan hati. Apa-apa pn, renung-renung kan, dn selamat beramal :)
p/s: Selagi boleh tahan tu, tahan la kejap 2 , 3 tahun lg. Tak lama, pejam celik, kejap je :)
jika ada yg tersilap, author minta agar di tegur utk perbaiki mana-mana yg
khilaf dalam diri author.
Terima Kasih :)
Link Mengenai Nikah Khitbah oleh Ustaz Azhar Idrus: http://www.youtube.com/watch?v=-JvpNrNp3aA
Wednesday, 7 March 2012
Rintihan Hati
Tatkala hati sedang sibuk di landa ribut taufan yang tidak mahu berhenti. Saat fikiran berserabut seperti benang kait yang bersimpulan tiada tanda penghujung. Saat dunia kelihatan seperti hitam kelam tanpa warna yang menyerikannya. Saat diri terfikir mahu duduk terperuk di hujung bucu dinding menangis sendiri.
Saat itulah datangnya pelangi yang mencuri masuk dalam pandangan. Saat itu juga datangnya matahari seperti munculnya lampu suluh memancarkan cahayanya dalam kegelapan malam tanpa sinaran rembulan. Saat itu jugalah datang si burung berkicauan mematikan lamunan bahawa dengan bersedih tidak mampu memadamkan segala masalah.
Apabila hati bersulamkan suramnya awan gelap di awangan, Allah datangkan cahaya rembulan dari kejauhan untuk bantuan berjalan supaya tidak jatuh terhempas dek kegelapan. Datangnya dalam bentuk tulisan. Yang diilhamkan oleh Tuhan kepada mahluknya yang berlainan.
Rembulan
Allah mengujimu kerana Allah menyayangimu, maka ukirlah senyuman dibibir mu. :)
"Apabila Allah mencintai seorang hamba, maka Dia akan mengujinya. Jika hamba itu bersabar dan redha maka Dia akan memilihnya menjadi kekasihNya"
(Hadis riwayat Ibnu Majah)
(Hadis riwayat Ibnu Majah)
Mana mungkin senyuman tidak datang bertandang. Mana mungkin hati tidak tenang. Mana mungkin akal fikiran tidak lapang. Mana mungkin dunia tidak menjadi sang terbang bebas lagak helang.
"Kami tak tahu ini rahmat atau musibah. Tapi kami berprasangka baik pada Allah."
-Salim A Fillah
-Salim A Fillah
Matahari
Sesungguhnya Nabi Muhammad S.W.T pernah bersabda;
"Manusia yang paling berat ujiannya adalah para nabi, kemudian yang terbaik sesudah mereka, kemudian yang terbaik sesudah mereka. Seseorang diuji sesuai kadar agamanya. Jika agamanya kuat, ujiannya berat. Jika agamanya lemah, dia diuji sekadar agamanya. Ujian terus mendera hamba sampai membiarkannya berjalan di muka bumi tanpa menyandang sedikit pun dosa."
Pelangi
Ketika Allah merindui akan hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian. Dalam hadis Qudsi Allah berfirman;
"Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya."
(Hadis Riwayat Thabrani dari Abu Umamah)
fiGhter7
via ILuvIslam.com
Sunday, 4 March 2012
Cukuplah Aku Mencintai Dalam Diam
.jpeg)
Kalau kita sukakan seseorang,
Jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya.
Tapi luahkan pada Allah,
Beritahulah Allah. Mengadu padanya.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita.
Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan.

Kirimkan doa buatnya. Moga dia hidup aman tenteram.
Jika benar cinta itu kerana Allah maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran Allah, kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah maka ia pun berhilir hanya kepada Allah.

“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah.”
(Adz Dzariyat : 49)
Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah.
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk.”

(Al Israa’ : 32 )
Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan seseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas,
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu.
.jpg)
Cukup cintai dalam diam,
bukan kerana membenci hadirnya,
tetapi menjaga kesuciannya,
bukan kerana menghindari dunia,
tetapi meraih syurga-Nya,

bukan kerana lemah untuk menghadapinya,
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan.

Cukup cintai dari kejauhan,
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian,
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan,
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga.
Cukup cintai dengan kesederhanaan,
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan,
menumbuhkan harapan hanya akan memberi kebahagiaan para syaitan.

Cintailah dengan keikhlasan,
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati sanubari,
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..?
“.. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
(Al Baqarah : 216 )

Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri.

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan,
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan,
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan.

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan,
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya,
biarkan Dia yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya.
“Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.”
(Umar Bin Khattab ra)

If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years
then you can do it in the halal way
“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)
.jpeg)
Sebelum tiba waktunya untuk kamu halal bersama si dia, tahanlah hatimu. Tahanlah perasaanmu. Jika perasaan itu tidak tertahan lagi, coretkan segala isi hatimu tentang cinta & rindu, tentang doa & harapanmu padanya dalam tulisan. Dan simpanlah warkah yang tidak beralamat itu sebaik mungkin.
Apabila tiba saatnya kamu disatukan, maka serahkanlah segala isi hatimu itu padanya. Dia pasti bahagia menerimanya, tetapi jika waktu itu belum tiba. Biarlah ia menjadi Rahsia antara dirimu dan Sang Pencipta sahaja kerana kelak jika dia bukan milikmu, bakarlah coretan itu bersama hilangnya wajah si dia dari hatimu.
fiGhter7
via Diari Hati
Thursday, 23 February 2012
Umi
Bila tengok video.. teringat pulak aku dekat umi :'( yelaa...
Aku dlu slalu mintak umi mcm2, even skrg pn.. aku still bergantung pada umi,

InsyaAllah.. 1 hari nt aku akn balas budi baik umi.. Aku dh byk susah kn umi,
yet.. dia still ckp dia x susah apa-apa pn. Siang mlm umi bertungkus lumus cri rezeki
utk ank2 umi ni kan. Ajr mengaji, buat tuition, mengajar pg ptg. Semoga Allah merahmati
umi sentiasa :') Glad to have a mom like u. I miss you umi. <3
Luahan Hati
Assalamu'alaikum :') Title entry bunyik cm sedih smcm je kan..? Haha. Sbnr ny.. x pon.
Cuma nya.. nk share beberapa perkara yg dh lama sgt sy pndm kan. Ok, first of all.
Saya nk mnx maaf sgt sgt sgt kepada sesiapa yg pernah terasa dgn sikap sy, yg pernah terluka dgn
kata kata sy, yg pernah tersinggung dgn perbuatan saya. Saya hanya lh manusia, yg terlalu byk kelemahan.
Sy x sempurna awak.. Lately ni.. mmg. Aku mengaku, byk ujian yg menimpa aku. Level of stress aku pn
going crazy dh ni. Sgt-sgt tinggi ok. However, aku msh mampu kwl lg. Islam mendidik aku utk bersabar, utk redha, utk ikhlas kan hati. Aku cuba, aku cuba yg terbaik utk jd manusia yg penyabar. Aku yakin sgt, setiap apa yg berlaku, pasti ada hikmahnya. Setakat ni, Allah x penah kecewa kan aku. X pernah dn aku tahu x kn pernah.
Setiap yg Dia ambil, aku tahu Dia sediakn yg lebih baik buat aku kelak. Setiap yg Dia beri, aku tahu Dia uji sejauh mana aku bersyukur. Hanya kepada Allah aku panjat kn kesyukuran ku, ats kurniaan ny yg tidak akn mampu aku balas. Ya Robbul Izzati, sesungguhnya hamba mu ini sudah smpai ke kemuncak ketabahan hati.
Di mana aku hampir tidak mampu lg mengawal air mata ku. Aku tahu, Kau x kn uji hamba-hamba Mu, sekiranya hamba-Mu itu tidak mampu menerimanya. Dari itu Ya Allah.. kuatkn hati aku, tabahkn jiwa aku.
Tanpa mu disisi ku Ya Allah, aku tiada daya, tiada kekuatan. Sesungguhnya segala yg dtg itu adalah berasal daripada Mu Ya Rahman.
Kepada awak.. awak, dn awak. Ikhlas dari hati, sy mnx maaf sgt sgt. Sy ada sebab knp sy buat mcm tu. Sy xnk jadi kejam. Bagi awk hrpn, bg awk gembira sementara tapi.. in the end.. awak sengsara. Apa guna nya awk? Awak baik, awak solehah, awak byk kwn2. InsyaAllah, ada jdoh yg lebih baik utk awk. Cintai Allah, nescahya dia akn beri kn kamu psgn yg soleh juga. Tak awk, tak.. Saya x pernah benci awk, x prnh benci org. Sy xnk rpt dgn awk sbb sy nk meminima kan sgla sbb utk awk igt pd sy (kenangan). Nt x la susah awk nk move on kan. Seriously dh ckup org yg sy kcewa kn. Semua ny b'mula sama mcm awk dn awk jgk. 'Boleh tak sy nk jd kwn awk?'. Last2 luahkn perasaan, ckp sbnrny dh jatuh hati. Apa tu awk..? I'm not ready for this. Kan sy dh bgtahu awl2, jgn jtuh hti dgn org mcm sy. Sy xd pape pon. I'm just an ordinary guy. Just like the others. Ramai lg lelaki kt luar sana yg awk boleh jatuh hati. Jangan saya. Sebab sy smpan rapi2 hati saya utk wanita yg bergelar isteri. Now sy bgtahu awk law sy, sy x mencari cinta. Sebab sy msh muda. Unless bila umur sy dh cecah 24, bru sy usaha. Tapi.. klau cinta tu hdir sndri. Itu adalah anugerah. Saya xkn menolak. InsyaAllah, klau org tu sanggup tggu. Saya akn setia pada dia. Saya akn lamar dia, and bercinta dgn cinta yg halal. X ke indah kalau begitu awak..? Cinta selepas nikah. Itu prinsip saya :') saya hrp kalian faham la. Ayat sy mcm poyo kan? Cam bajet kan..? Cam haram kan? Sy x ksh awk awk nk fikir apa. Saya bjet hot ke, bajet wali ke. It's all up to u. Saya hdup bkn nak impress sapa2. I live my own life, berlandaskan islam. Di mana sumber islam adalah Al-Quran dan Hadith (sunnah). Kalau awk x suka, sy x paksa pun. Awk sendiri tahu mana jalan keluar dari hdup sy kan kan?
Awak.. awak.. dan awak. Kenapa ea...? Kenapa mesti nak cakap benda buruk psl org? Mengumpat tu kan, ibarat memakan daging saudara sendiri. Saya bkn apa, xd la ksh sgt apa awk nk ckp psl sy, tp benda tu smpai menjatuhkan maruah sy. Smpai menimbulkan fitnah. Fitnah tu besar dosa nye awak.. Besar..! X takut ke awk dengan blsn Allah..? Dengan janji-janji-Nya? Selagi masih ada waktu, pintu taubat x pernah tertutup. Sy maafkn sgla dosa2 org lain pd sy. Cuma sy mnx, mnx sgt2. Please stop. Awak x ada hak nak judge sy gay ke, anti perempuan ke, apa ke. Klau awk smpn dlm hati x pe. Tapi.. awk bgtau kt org lain. Itu apa tu awk? Saya pn manusia, sy ada hati dn perasaan. Jaga perasaan org lain sebagaimana awk nk org lain jaga perasaan awk. Give and take lah k? :) Pasal akak kt kem tu, sy tahu cara aku myb agak harsh. Tapi, kdg2 kita kena guna cara yg lebih tegas bila cara yg lembut x mampu nak menegur org. Saya dh cuba ok tegur akak dgn cara baik. Seriously sy x suka cara akak, suka2 je sentuh sy, cubit sy cmtu. Igt sy ni teddy bear akak ke? Jaga la batas tu akak. Akhlak sbgai seorg wanita tu kena jaga. Sy mnx maaf sgt2 smpai buat akak kecik hati. Sbnr ny niat nk bergurau je. Sy dh cuba mnx maaf, dh cuba nk pujuk. Tapi akak ngade2 sgt. Xkn sy nk pujuk akak mcm sy pujuk isteri kot? Bkn cara sy la kak. Sory to say la ea. Isteri nt isteri la. Ada cara nya. Tapi klau smpai nk kena lunak kn suara nk gedik2 dgn akak sorry to say la ea kak? Hope benda ni jd pgjrn la buat kita semua. Maaf kn sy sekali lagi.
Now now, kepada kwn2 aku, yg x putus2 bagi aku smgt, bg aku dorongan, kepada kakak2 aku, kpd umi.. abi. Sayang korang semua :') cuti sem nt abg balik ea. Nak mkn mskn umi.. Rindu sgt. Abi pulak, dh lama x tgk bola dgn abi. Bila nk sorak sama2 lg..? Hehe. I miss you both :'( final pon dh dekat kan.. risau sgt.. pagi td, madam marah2, n perli2 student dia yg ada mslh dlm calculus ni. Wlaupn dia x sebut nama, aku tahu, dia tujukan pada aku. Aku malu sbnr ny, malu sgt.. maaf kn sy madam, sy kecewa kan madam :'( lpastu, dpt paper test 2 calculus haritu. Tergamam aku bila tgk markah tu. Rasa mcm nk nanges je dpn2 semua org. Tapi aku tahan, maintain je. Lpas kelas calculus, ada kelas eco. Aku x pergi. Sebab aku x tkut aku x dpt control.. Aku xnk org nampak mata aku berkaca. I'm not a simpathy seeker. Aku x nk org tgk aku dlm keadaan yg mcm tu. Test 1 calculus aku pn dh terabur. Bila tgk test 2.. Masih ada kah harapan utk aku lulus? Like seriously aku xnk repeat. Dn yg plg pnting, aku x mampu nk b'hdpn dgn umi abi klau aku fail. X mampu... Mereka sandarkan hrpn yg tggi pada aku. InsyaAllah, selagi belum final. I won't give up. Remember? 'No matter how hard, don't give up' :') kata fiGhter7 kan.. Be strong la eh..! Oh ye, tetiba rasa nak belajar accent sabahan. Sebab rasa nak pergi melancong kt sana bawak umi abi. Tour guide dah ada. Haha. Kbai. :P

Sunday, 19 February 2012
Soal Hati Remaja
Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)
Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.
1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?
Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?
2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?
Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam dapat elaun biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin $25 atau $50 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.
Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)
3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?
Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam agama Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.
Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)
4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?
Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.
Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)
5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?
Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.
6. Macam mana dengan restu ibu bapa?
Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas. Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.
Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)
Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.
Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)
via Ustaz Azhar Idrus

Subscribe to:
Posts (Atom)