Sunday, 29 July 2012

The End

I'm trying my best to keep you alive buddy. It has been 5 years. You, and me. We are attached to each other. But life must go on. I'v met miss iphone now. It's not that you are too lame. But, things get old. So do u buddy. You were broke pretty bad. The cost of bringing you back to life is like buying you a new one. I hope you understands me. I don't have that kind of money. Even if i do, i'll have to use it wisely. I have a tummy to feed dear nokia N85. It's time for you to rest. You serve enough :') Rest In Peace buddy! Al-Fatihah..



Thursday, 26 July 2012

Beauty


Sebenarnya kurniaan raut wajah yang cantik adalah merupakan satu ujian. Mereka yang tawadduk dan sentiasa merendah diri dengan pemberian itu adalah hamba yang bersyukur. Namun, mereka yang menyalah gunakan kelebihan itu dengan mempermainkan hati manusia sebagai contoh, mereka itulah hamba-hamba yang kufur nikmat. Pass over time, we all get old. Beauty won't last forever. Semuanya pinjaman semata-mata.

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"





Sunday, 3 June 2012

Saturday, 26 May 2012

Cherrie Kantoi..!



Cherrie melakukan jenayah, kemudian kantoi dan dihukum seharian tak dapat makan whiskas. Makan ikan je harini. Haha

Sunday, 6 May 2012

Umi


Dimata mu mungkin dia bukan siapa-siapa, tetapi di mataku dia lah segala-galanya. Kerana syurga ku terletak di bawah telapak kakinya. Dialah ibu yg bertarung nyawa melahirkan aku ke dunia ini. Dia lah ibu yg tidak pernah membiarkan aku terkapai-kapai lemas dalam arus kehidupan yg serba moden, sentiasa mendidik dan menasihat. Terima Kasih Ya Allah, kerana mengurniakan aku dan adik beradik kami seorg ratu yg serba cukup sifat penyayangnya ♥

Abi


Tanpa dia, tak kan aku lahir ke dunia. Tanpa dia, mungkin sesuap nasi pun tidak dapat ku rasa. Tanpa dia, tidak mungkin aku berada dimana aku berada. Pengorbanannya tidak mampu ku balas selamanya. Dia lah ayah yg menegur jika kesilapan menyinggah dalam diriku. Dialah yg pemimpin yg memimpin tangan ku menuju ke rumah Allah saat aku baru sahaja mengenal Alif Ba Ta. Dialah ayah yg aku letak kan hormat ke atasnya.. selamanya ♥

Wednesday, 11 April 2012

Lelaki Berbasikal

Dalam penat lelah aku seharian bekerja di hari cuti umum ini yg pelanggan nya MasyaAllah ramai nya tak terbilang, tekad hati ku utk menguatkan kaki menapak menujuk ke Rumah Allah bagi menunaikan Solat Maghrib berjemaah sebaik pulang dari tempat kerja.

Dalam perjalanan ku, terlihat akan aku kepada seorang lelaki yang sedang berbasikal, berketayap putih dan berjanggut sederhana. Dibahagian belakang basikal. di bonceng akan isteri nya yg terpakai elok jubah hitam sambil memeluk rapi kain telekung putihnya dalam dakapan.

Terpukul dan tersentuh hati ku melihat situasi itu. Mereka hanya berbasikal..! Seorang suami membonceng isterinya besama-sama menuju ke Masjid..! Bayangkanlah, dengan penat lelah lelaki tadi menguatkan kakinya mengayuh basikal dlm keadaan isteri nya yg agak 'berat' bagi aku. Jika lelaki ini mampu, kenapa tidak aku? sedangkan aku hanya sendiri dan rumah ku hanya beberapa langkah dari masjid?

Focus utama adalah kepada pak cik tadi, sungguh.. hati aku tersentuh melihat situasi itu. Lelaki seperti itu lah yg akan memimpin dan membimbing isteri nya menuju ke Syurga yg d'janjikan Allah. Lelaki seperti itu lah yg akan membawa kalian wahai kaum hawa ke jalan yg benar dan di redhai Allah.



Lelaki seperti itu lah yg seharusnya kalian cari wahai kaum hawa, dan apabila sudah ketemu. Hargai lah ia, kerana menemukan berlian dalam timbunan kaca mungkin peluang yg hanya sekali dalam seumur hidup. Wallahu'alam :)




fiGhter7