Saturday 26 May 2012

Cherrie Kantoi..!



Cherrie melakukan jenayah, kemudian kantoi dan dihukum seharian tak dapat makan whiskas. Makan ikan je harini. Haha

Sunday 6 May 2012

Umi


Dimata mu mungkin dia bukan siapa-siapa, tetapi di mataku dia lah segala-galanya. Kerana syurga ku terletak di bawah telapak kakinya. Dialah ibu yg bertarung nyawa melahirkan aku ke dunia ini. Dia lah ibu yg tidak pernah membiarkan aku terkapai-kapai lemas dalam arus kehidupan yg serba moden, sentiasa mendidik dan menasihat. Terima Kasih Ya Allah, kerana mengurniakan aku dan adik beradik kami seorg ratu yg serba cukup sifat penyayangnya ♥

Abi


Tanpa dia, tak kan aku lahir ke dunia. Tanpa dia, mungkin sesuap nasi pun tidak dapat ku rasa. Tanpa dia, tidak mungkin aku berada dimana aku berada. Pengorbanannya tidak mampu ku balas selamanya. Dia lah ayah yg menegur jika kesilapan menyinggah dalam diriku. Dialah yg pemimpin yg memimpin tangan ku menuju ke rumah Allah saat aku baru sahaja mengenal Alif Ba Ta. Dialah ayah yg aku letak kan hormat ke atasnya.. selamanya ♥