Sunday 30 November 2014

Mati

Sibuk kejar kehidupan.

Belajar. Belajar. Belajar. Siapkan assignment. Belajar lagi. Kerja part time. Belajar lagi. Futsal sampai pukul dua pagi. Study. Exam. Exam lagi. Carry marks lagi. Belajar lagi. Kerja sepenuh masa. Rindu orang itu, orang ini. Cemburu orang itu dengan orang ini. Bincang pasal nikah. Lewat bangun solat subuh, tapi lebih risau lewat nak pergi kelas. Tak risau sangat solat lambat. Balik rumah dah lewat, solat asar ke mana, solat maghrib ke mana. Perut lapar, cari makanan. Duit takde, pergi bank. Rasa tak tenang, ada benda tak kena, pakai earphone, dengar lagu apa-apa. Duduk di kawasan lapang, tenangkan fikiran. Al Quran tak bersentuh, masjid tak jejak.

Benda sama lagi dibuat. Sambil online, tiba-tiba terbaca satu tweet,

"Buat apa pun, jangan lupa, Allah nampak semuanya. Malaikat mencatat."

Tanpa rasa tersentuh, hati mula kata, "Benda dah selalu diingatkan. Aku tahulah Allah tu Maha Melihat. Malaikat tu sentiasa mencatat."

Teruskan dengar pula lagu Mr Saxobeat, online lagi. Main game.

Tanpa rasa diperhatikan, sebenarnya malaikat maut daripada pagi duk pandang kita. Terbangun solat subuh lewat, Allah tahu. Malaikat kiri kanan tahu. Malaikat maut pun tahu.

Sambung dengar lagu Starships pula. Sibuk-sibuk dengar, mulut pun ikut sekali menyanyi. Baca Al Quran? Ala nanti-nanti boleh.

Malaikat maut menjengah lagi.

Tiba-tiba terdengar azan. Tengah syok online ni. Tengok jam. Awal lagi. Teruskan online dulu, lagi sepuluh minit solatlah. Berlalu sepuluh minit, tengok jam, cipta alasan lain pula. Sampai dah tinggal lima minit waktu nak habis, baru pulun lari pergi wudhuk, nak solat. Itu Alhamdulillah solat. Yang terus tak solat sebab alasannya dah terlewat? Guane tu?

Malaikat maut ziarah lagi.

Nasib tak nampak je malaikat maut tu. Kalau nampak, confirm masing-masing tak ada masa nak buat benda lagha. Setiap masa pun nak buat baik je.

Sebelum tidur, belek-belek phone dulu. Wish goodnight kat boyfriend/girlfriend dulu.

"Biy, nanti kejut I bangun solat subuh eh? Goodnight sayang. I love you. Esok mesej lagi "

Baru nak tutup mata, nak tidur. Tiba-tiba ada orang ketuk pintu. Ah sudah. Siapa pulak nak kacau aku ni.

"Nak apa?"

Kasar intonasi. Bengang kononnya ada orang kacau waktu mengantuk macam ni.

"Nak nyawa kamu. Masa kamu di dunia sudah tamat. Wahai anak adam, ini adalah waktu pertemuan kembali antara seorang hamba dengan Pencipta segala ciptaan."

Tergamam.

"Kullu nafsin zaikatul maut. Setiap yang bernyawa itu pasti akan merasai mati." Itu janji Allah.

Ah. Macam mana ni. Aku belum sempat baca Quran. Aku dah lama tak solat taubat. Solat aku yang lepas-lepas ni yang aku sengaja tinggal nak buat macam mana.

Mati mana boleh tangguh lagi. Aduh. *tepuk dahi*

Esok dah janji dengan kawan nak main futsal. Dah janji nak mesej awek. Esok kena hantar assignment, deadline. Macam mana ni.

Lalu malaikat maut pun masuk ke dalam bilik.

Dengan muka cuak, cuba merayu mohon ditangguhkan waktu mati. Kita lupa, malaikat maut itu sentiasa memerhati. Tunggu masa nak ambil nyawa. Selama ni leka dengan dunia. Bila tiba hari kematian, baru yakin yang mati tu bila-bila. Tapi.... semuanya dah terlambat.

Jadi, mulai dari sekarang. Rancanglah kematian sebaik-baiknya. Nak mati dalam keadaan sudah bertaubat, atau nak mati dalam keadaan sibuk buat maksiat? Tepuk dada, tanya iman.

Kejarlah mati dalam husnul khotimah. Dalam keadaan bertaqwa dan beriman. Wallahu'alam.

Assalamualaikum W.B.T.

Thursday 14 August 2014

Syukur

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu'alaikum.

Pertama sekali marilah sama-sama kita panjatkan rasa syukur kepada Allah S.W.T atas segala nikmat dan rezeki yg telah dilimpahkan kpd kita. Setelah sekian lama menyepi didunia blogging. Kini aku kembali menekan papan kekunci. Post kali ni adalah berkenaan dengan dunia Ijazah Sarjana Muda yg telah aku lalui lebih kurang sepanjang 6 bulan ni.

Alhamdulillah, result pertama aku di UiTM Shah Alam baru sahaja keluar, and I should say it's completely unpredictable. Takut sangat. Takut tak mampu nk kekalkan momentum masa diploma dulu. Takut tak dpt penuhi harapan umi abi. Takut tak mampu jadi yg lebih baik. To be honest, degree life is way too much different from diploma life. No more spoon feed, no more tips, no more 'markah kesian'. Byk kena berdikari sendiri, byk kena cari sendiri. Tapi bg aku, itulah yg membuatkan kita lebih baik dari masa ke semasa. Sampai bila nk ada kt takuk lama kan? Aku sahut cabaran ni. Aku cuba sehabis baik utk capai cita-cita aku. 

So, result aku kali ni, Alhamdulillah. For the 1st time as degree student, I did what I can, and I am satisfied with what i got, yet strive to do better next semester. Bukan tk bersyukur, tapi apa salahnya nak kan yg lbh baik kan? ;)

4 pagi mata terkebil-kebil check e-mail. Bukak-bukak je, Allahuakbar.. Berkaca mata ni. Sebab doa aku termakbul. Sebab usaha aku bersengkang mata study malam tak sia-sia. Sebab aku tahu, Allah tunaikan apa yg aku hajatkan. Dan mungkin yg plg penting, sebab aku tahu, sekurang-kurangnya aku ada hadiah nk bagi kt umi abi. Nk bg duit aku tk mampu, aku pn belajar lagi. Nk bg harta, aku apa pun takde. Harapkan secebis kasih syg yg aku ada ni jela yg mampu aku bagi. 

Masih segar dalam ingatan pesan umi awal pagi tadi, "Semoga anak-anak umi semua berjaya bukan saja didunia tetapi diakhirat juga." Tak lupa juga pesan abi, "Jadilah seperti padi, makin berisi makin tunduk, makin tawadduk." I feel so blessed for having such a sweet and loving parents as them.

Jadilah hamba yg bersyukur, memuji Tuhannya saat diberikan kejayaan dan bersabar serta redha apabila diberi ujian atau musibah. Gagal sekali tk bermakna gagal selamanya. Yg tk berjaya, jgn risau semester depan masih ada. Jgn futur ok? La tahzan. Sentiasa ada ruang utk perbaiki agar jd yg lebih baik ;)

Looking forward to start a new semester. Tapi yg sedihnya semester depan tiada lagi kolej buat aku. Kena belajar jadi pelajar Non-Resident. Kena belajar jd lebih matang dan berdikari. Moga kejayaan mengiringi kita semua.

Tabarakallah.

Thursday 22 May 2014

Indahnya Akhlak Baginda Terhadap Isteri


Pada suatu hari, Saidatina Aisyah memasak sup untuk baginda Rasulullah s.a.w. Setelah siap memasak, beliau pun memanggil Rasulullah s.a.w untuk makan.

Kemudian apabila Rasulullah s.a.w menghirup sup itu, baginda mendapati bahawa sup yang isterinya buat itu terlebih masin. Maka baginda tersenyum kepada isterinya, kemudian baginda berkata :
"Wahai Aisyah, ingatkah kau semasa kita baru berkahwin dahulu? Pada waktu itu kita saling suap-menyuap semasa makan."

Maka Aisyah mengangguk tanda beliau masih ingat. Kemudian baginda berkata lagi :
"Mahukah kau jika kita mengulangi peristiwa itu?"

Lalu Aisyah mengagguk tanda bersetuju. Maka baginda berkata :
"Dahulu kau yang menyuap aku dahulu. kali ini, biar aku pula yang menyuapmu terlebih dahulu."

Aisyah bersetuju dan beliau pun duduk di sisi suaminya. Setelah baginda menyuapkan sup itu di mulutnya, barulah Aisyah menyedari bahawa sup yang dimasaknya itu terlebih masin. Beliau meminta maaf daripada Rasulullah s.a.w. Baginda hanya tersenyum.

Friday 18 April 2014

Kisah Yang Boleh Dijadikan Teladan

Suatu malam, seorang anak yang telah kematian ibu dan ayahnya di dalam kemalangan jalanraya, telah bermimpi. Ayahnya seorang guru. Begitu juga ibunya. Dalam mimpinya, datanglah ayahandanya dalam wajah yang tenang dan ceria. Bondanya tersenyum di sisi.


Anak: “Ayah, berseri-serinya wajah ayah. Rindunya pada ayah dan mama.” (menangis)


Ayah: “La Tahzan anakku. Sesungguhnya ayah baik-baik saja di sini. Jangan risau. Teruskan hidupmu dengan tabah. Jadilah anak yang soleh, kerana solehmu itulah yang meringankan dan membantu kami di alam barzakh.”


Anak: “Insya-Allah, ayah. Ayah, boleh saya tanya?”


Ayah: “Silakan.”


Anak: “Bagaimana ayah nampak ceria sekali? Bukankah alam barzakh itu begitu seram dan menakutkan?”


Ayah: “Iya nak. Alam kubur sangat mengerikan. Namun, kerana ilmu yang bermanfaat yang ayah ajar di sekolah pada anak-anak murid, itulah yang membantu ayah di sini.”


Anak: “Itu je?”


Ayah: “Juga kerana jasa mama mu.”


Anak: “Wah..nak tahu..”


Ayah: “Ada dua jasa besar mama yang ayah tak pernah ceritakan pada anak-anak sebelum dan selama ni.”


Anak: “Apa dia?”


Ayah: “Pertama, mama mu taat cakap ayah tidak pernah membantah atau meninggi suara. Setia, tidak suka bercakap dengan lelaki lain walaupun ayah tidak kongkong mama begitu. Kalau mama nak cakap, akan minta izin dengan ayah. Mama tidak suka bergaul rapat dengan jiran-jiran jika tiada urusan kerana jiran terlalu banyak mengumpat dan mama tak suka. Mama jaga harta ayah dan tidak guna sewenangnya kecuali untuk keluarga semata-mata. Tidak pernah mama minta sesuatu yang tak mampu ayah tunaikan. Cincin atau rantai emas berpuluh ribu tidak pernah dimintanya.”


Anak: “Alhamdulillah. Kedua?”


Ayah: “Kedua, mama menjaga auratnya. Hatta ipar sendiri tidak pernah melihat aurat mama. Mama tidak berpurdah, namun mama pandai menjaga aurat. Mama bukan wanita yang sempurna segala sudut, namun melengkapi hidup ayah setiap sudut. Mama menutupi kekurangan ayah dengan kelebihannya, dan begitu juga ayah pada mama.”


Anak: “Masya-Allah tabarakallah.. Nampak kecil dan remeh, namun besar dunia jasanya pada ayah..Allah..Allah..”


Ayah: “Jadi, pesanlah pada adik-adik perempuanmu. Sebagai abang yang sulung, bantulah mereka sekurang-kurangnya ikut jejak langkah mama. Jadikan Saidatina Khadijah atau Aisyah r.a. sebagai role model muslimah mereka, itu lebih baik. Banyakkan berselawat pada Nabi s.a.w. Banyakkan baca al-Quran. Semua ini menolong di dalam kubur kelak. Bacalah Surah al-Mulk sebelum tidur. Istighfar setiap masa.”



Ayah dan ibunya kemudian datang memeluk erat si anak. Seketika, si anak tersedar dari mimpi. Linangan air mata hangat mengalir di pipi. Rindu tetap bersemi. Walaupun jasad tiada lagi di sisi. Nasihat ayah bonda kekal di hati.

Wednesday 7 August 2013

Salam Aidilfitri 2013

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum W.B.T :)
Pertama sekali sy ingin panjatkn syukur kehadrat Ilahi kerana mengizinkan kita utk bersama-sama merasai kenikmatan syawal yg mulia ini selepas sebulan berpuasa. Alhamdulillah. Semoga apa yg kita pelajari & amalkan sepanjang Ramadhan yg lalu dpt dipraktikkan & diamalkan secara istiqomah.

Seterusnya, suka bg sy utk mengucapkan Salam Eidulfitri buat semua sahabat, teman, guru2, saudara, saudari, tuan2 & puan2 sekalian. Dikesempatan ini izinkan sy memohon maaf dari hujung rambut sampai ke hujung kuku kaki andai pernah tersilap bicara atau silap dimana-mana, jika ada hutang yg belum terlangsai, mohon diingatkan. Jangan disimpan dendan dihati, moga-moga Allah ampunkan dosa-dosa kita yg lalu saat kita masih jahil & khilaf.

Sekian, Maaf Zahir & Batin dari insan yg hina & penuh kekurangan ini :)
Farouk Hatta.

Tuesday 2 July 2013

The Answer

Bismillahirrahmanirrahim,

Jam menunjukkan pukul 2.30 pagi. Suasana sebegitu sunyi. Angin bertiup perlahan. Begitu tenang sekali. Setenang hati ini. Sebelum saya memilih untuk menulis entry ni, saya memohon agar Allah bersama saya dalam menjawab persoalan awak. To you, whoever you are, where ever you are. Saya buka topic ni kepada scope yg lebih besar ya, yang bersifat lebih umum. Ditujukan kepada sesiapa sahaja bakal zaujah diluar sana.

Saya.. bukan lah sesiapa, hanya seorang hamba yg cuba untuk menjalani kehidupan biasa yg penuh dgn kesederhanaan namun berlandaskan sunnah dan syariat Islam. Sedang mencuba, sedang belajar. Berusaha untuk mencari redha Allah dalam apa jua yg saya kerjakan, baik yg dilihat mahupun tidak. Tapi kdg kala tersungkur juga. Cuma Alhamdulillah, Allah masih pinjamkan kekuatan utk saya bangkit semula.

Sejujurnya, saya tak pernah jangka akan menerima soalan seperti ini pada usia semuda ini. Macam cerita novel pulak. Selalu baca novel, kisahnya semua luar biasa, kdg-kdg teringin jugak nak mencipta kisah tersendiri. Lain daripada yg lain. Sometimes i want to different, to take the path that not everyone dare to take. Memang dari dulu, cita-cita saya nak kahwin pada usia muda. Benar, muda hanya sekali. Ramai remaja menghabiskan waktu muda mereka dgn perkara sia-sia, dengan cinta remaja, tapi itulah pengalaman kata mereka. Berbeza dgn pandangan saya.

Cinta, dulu saya pernah merasa, ya, memang indah, perasaan seperti ini pasti akan dirasai setiap insan yg dikurniakan hati nurani, yg mahu dirinya disayangi dan menyayangi. Tapi kini saya sedar, cinta tu tanpa Allah sebagai perantara maka ia adalah sia-sia. Sedangkan Allah adalah pencipta segala rasa, pemilik setiap hati manusia. Cintai Allah, Cintai Rasulullah, makan Dia akan kirimkan seseorang untuk kita merasai kemanisan cinta sesama manusia.

Berbicara tentang kahwin pada usia muda, ianya bukan sesuatu yg perlu dipandang remeh, kerana perkahwinan ni merupakan satu tanggungjawab, satu amanah. Sebagai seorang lelaki, apabila dia sudah beristeri, maka isteri itu adalah tanggungjawab bagi dirinya. Auratnya, pergaulannya, cara kehidupannya, semua tu merupakan tugas si suami utk dijaga, tugas bersama. Perkahwinan ni sebenarnya satu perkongsian. Tak susah jika dijaga bersama.

Untuk lelaki yg mcm saya, tidak punya apa-apa, aset mahupun harta, ia merupakan satu ujian buat si isteri andai kata saya dipilih utk bersama dirinya. Kerana boleh dikatakan hidup tak boleh nak mewah, semua nak kena jaga, apa yg ada pun perlu dikongsi bersama, kiranya bermula daripada bawah. Zero. Perlukan sekeping hati yg tabah kerana seisi dunia akan menguji keduanya, awak dan saya. Tapi awak jgn lupa, sesungguhnya rezeki itu ada didalam perkahwinan. Bila kita yakin, kita percaya dgn janji Allah, kita tabah, kita sabar, kita husnuzon (bersangka baik) dgn takdir Allah, tak mustahil, Allah akan bantu kita, pimpin kita setiap langkah. Awak ingat lagi rukun iman yg pertama? Percaya kepada Allah :')

Sebelum awak fikir lebih jauh, saya cuma nak bagitahu, ilmu agama saya tak dalam mana pun, tahu yg basic-basic je, macam yg saya cakap tadi, masih belajar, masih mencuba... Tapi apa yg saya harapkan, daripada dulu lagi, adalah diketemukan oleh seseorang yg mampu menerima saya seadanya dan sudi berubah dan belajar ke arah yg lebih baik dalam usaha utk mencapai ataupun mencari Mardhatillah (Redha Allah). Saling berkongsi, saling berpesan-pesan, saling menegur, saling mengajar, saling mengingatkan :') Kerana selaku manusia biasa, saya ni selalu lupa dan alpa, perlu selalu diingatkan agar tidak hanyut dari tujuan asal. Benar, alangkah indahnya bahtera perkahwinan itu jika dikemudi oleh seorang pemuda acuan Al-Quran, seorang pemuda yang berusaha utk mencontohi kehidupan baginda Rasulullah S.A.W, tapi ketahuilah bahawa diri ini tidak akan mampu menjadi sempurna, diri ini diliputi sebegitu banyak dosa. Jika sempurna yg awak cari, saya bukanlah orangnya.


Saya tak mencari cinta, kerana saya masih muda, tapi kalau Allah dah rancang sesuatu diluar perancangan saya, saya yakin ia adalah yg lebih baik, kerana Dia adalah merupakan sebaik-baik perancang. Dia mengetahui diri ini, lebih dari diri saya sendiri. Saya pernah berjanji pada diri saya, bahawa cinta, selayaknya diberi hanya selepas nikah. Itu prinsip saya. Cinta selepas nikah. Kerana saya mahu, apa yg diberikan kepada dia kelak merupakan sesuatu yg eksklusif, yg tidak sewenangnya diberikan kepada sesiapa.

Berbalik kepada soalan tadi, "kalau ada orang perempuan cuba melamar awak sebagai suami, pada masa terdekat ni . awak terima ?". Jawapan kepada soalan ini bergantung kepada hasil perbincangan kedua-dua belah pihak. Boleh jadi diterima, boleh jadi ditangguhkan, boleh jadi Allah ada perancangan yg lebih baik. To bo honest, if there are any girls out there who brave enough to do so, she'll have my respect. Sincerely from my heart. Ia bukan sesuatu yg perlu dimalukan, tetapi sesuatu yg perlu diberi penghargaan dan kehormatan. Saya akan consider sehabis baik, berbincang dgn byk pihak, istikharah dan jika tiada halangan, siapa tahu.. Andai kata jodoh saya sampai awal, saya tak kan menolak. Awak tahu kan..?

"Wanita itu dinikahi kerana 4 perkara, kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya, dan agamanya. Maka pilihlah yang ta'at beragama, nescaya kau akan beruntung." (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Islam sendiri dah guide para pemuda bagaimana utk memilih calon isteri. Pilihlah agamanya, namun jika bersama dirinya ada kecantikkan, baik keturunannya, banyak hartanya, atau salah satu drpd nya, ia merupakan satu bonus buat si pemuda utk membuat pilihan. Namun cukup bagi saya, jika seorang wanita itu, faham akan agama, sabar hatinya, tabah jiwanya, sopan budi bahasanya. Itu sudah memadai, kerana manusia boleh belajar dan berubah. Selagi mana ada niat atau keinginan utk berubah, insyaAllahu ta'ala dia mampu. Saya teringat akan satu hadis yg pernah dibaca dalam salah satu buku beberapa tahun yg lepas..

 “Apabila orang yang kamu reda agama dan akhlaknya datang meminang, hendaklah kamu mengahwinkannya. Sekiranya kamu tidak melakukannya. Nescaya akan timbul fitnah dan kerosakan di atas muka bumi ini.” (Hadis sahih riwayat Tirmizi, no. 1080)

As i said before, it's all depends on the situation. Tak berani berjanji utk terima, tapi berjanji utk consider sebaiknya. Kerana ia merupakan cita-cita saya utk berkahwin dalam usia muda, elak zina, elak fitnah, menggandakan pahala. Usaha yg baik, jika diniatkan kerana Allah, nescaya Dia akan bantu. InsyaAllah.
So jawapan saya, tampil ke hadapan dan mari berbincang.

Wallahu'alam Bissawab :)

Sunday 2 June 2013

Ubah. Hijrah.



"Ketika aku muda, aku ingin mengubah seluruh dunia. Lalu aku sedari, betapa sukar mengubah seluruh dunia ini,


lalu aku putuskan untuk mengubah negaraku saja. Ketika aku sedari bahawa aku tidak boleh mengubah negaraku, aku mula berusaha mengubah bandarku. Ketika aku semakin tua , aku sedari tidak mudah mengubah bandarku. Maka aku mula mengubah keluargaku. Kini aku semakin tua, aku pun tak boleh mengubah keluargaku. aku sedari bahawa satu-satunya yang boleh aku ubah adalah diriku sendiri.


Tiba-tiba aku tersadarkan bahawa bila saja aku boleh mengubah diriku sejak dahulu, aku pasti boleh mengubah keluargaku dan bandarku. Pada akhirnya aku akan mengubah negaraku dan aku juga mungkin boleh mengubah seluruh dunia ini. "


Tidak ada yang boleh kita ubah sebelum kita mengubah diri sendiri. Tak boleh kita mengubah diri sendiri sebelum mengenal diri sendiri. Takkan kenal pada diri sendiri sebelum kita kenal pencipta kita, Allah Azza Wajalla. Wallahualam :)