Sunday, 2 June 2013

Ubah. Hijrah.



"Ketika aku muda, aku ingin mengubah seluruh dunia. Lalu aku sedari, betapa sukar mengubah seluruh dunia ini,


lalu aku putuskan untuk mengubah negaraku saja. Ketika aku sedari bahawa aku tidak boleh mengubah negaraku, aku mula berusaha mengubah bandarku. Ketika aku semakin tua , aku sedari tidak mudah mengubah bandarku. Maka aku mula mengubah keluargaku. Kini aku semakin tua, aku pun tak boleh mengubah keluargaku. aku sedari bahawa satu-satunya yang boleh aku ubah adalah diriku sendiri.


Tiba-tiba aku tersadarkan bahawa bila saja aku boleh mengubah diriku sejak dahulu, aku pasti boleh mengubah keluargaku dan bandarku. Pada akhirnya aku akan mengubah negaraku dan aku juga mungkin boleh mengubah seluruh dunia ini. "


Tidak ada yang boleh kita ubah sebelum kita mengubah diri sendiri. Tak boleh kita mengubah diri sendiri sebelum mengenal diri sendiri. Takkan kenal pada diri sendiri sebelum kita kenal pencipta kita, Allah Azza Wajalla. Wallahualam :)

4 comments:

  1. Replies
    1. InsyaAllah, all of us. Saling mengingatkan :)

      Delete
  2. kalau ada orang perempuan cuba melamar awak sebagai suami, pada masa terdekat ni . awak terima ?

    ReplyDelete
  3. selalu terfikir nak hijrah. lagi2 bila terfikir ibu yang dah takde. macam mana keadaan ibu kat sana kalau anak dia buat dosa atas dunia. kadang2 bila dah berubah sikit2, hati jadi xkuat. tapi InsyaAllah, akan cuba yang terbaik. Allah sentiasa membantu orang yang nak buat kebaikan kan. akhi, doakan ana.

    ReplyDelete