Friday 23 March 2012

Jalan-jalan Cari Makan

Orang cakap, kita makan untuk hidup. Bukan nya hidup untuk makan. Even mengikut sunnah Rasulullah sendiri, makan apabila lapar, dan berhenti sebelum kenyang. Jangan makan sampai berlebih-lebih, sampai ketat perot tu, kerana perot yg terlalu kenyang akan membuatkan kita malas nak beribadat. Lagi-lagi kalau dalam bulan Ramadhan, masa berbuka semua nak sumbat, last-last tawarih, eh silap, tarawih entah kemana. Haih, point dia sebenar nya, sje je nak bgtahu yg kita buat program jalan-jalan cari makan sendiri baru-baru ni. Tapi makan sekadar merasa. Ya la, kat negeri org, rasa la selera org jap. Heee.

Pagi-pagi lagi kita dah bangun, lepas subuh exercise sikit, lepas tu grab a bicycle and go for a ride. Amalan hidup sihat la katakan, hehe. Berkayuh mencari warung roti canai terhampir.






Ok, mula-mula kita nak tunjuk gambar masa makan roti canai kahwin. Haaa, nama tak nak kalah kan? haha, yg di maksudkan roti canai kahwin tu adalah roti telur dan roti kosong di campurkan dalam satu pinggan. Alhamdulillah, enak rasa nya. Kuah dia pun tak kurang sedapnya =)


Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim di iringin doa makan yg rasa nya tak perlu la saya taip di sini, hehe.  Kita memulakan suapan pertama. Nyum nyum :D


Untuk kisah kedua pula. Mr.Presiden belanja semua JPK n Residen Staff makan steambot special punya. WeeHee. Kalau dah namanya free, apa yg tak sedap ye dok? Heee. Kami ramai2 memenuhi segenap ruang yg ada dalam bas UITM tu and happily waiting the driver to drive us and reach to the destination. Tempat yg kami pergi tu merupakan steambot no.1 kat perlis ni. The best la org ckp. Tak heran la ramai betul org masa kami smpai tu.

Tengok menu yg ada.. SubhanAllah, kalau di ikutkan nafsu boleh meletup perot tau. Hehe, tp amik yg berpada-pada je, sekadar merasa :)





k sebenarnya saja nak cover perot kita yg tengah 'come' tu. hihi

Tapi cek habaq kt hang, berpada-pada pun mau buncit jugak perot kita ni nak merasa semua. Kalau ikutkan hati nak je tambah lg, tp teringat pulak pesan umi kita, kalau nak makan, jangan smpai terlalu kenyang. Tak baik utk kesihatan :) so.. kita pun stop la. Hee. Lgpun, mmg jrg nk makan smpai kenyang2 sangat ni. Nanti gemuk. Tak nak la, nk maintain slim je selalu. Muahahaha. Baiklah, dah nak subuh ni. Sampai ketemu lagi di entry yg akn dtg. InsyaAllah. See ya (^^)v

No comments:

Post a Comment