Friday 23 March 2012

Nikah Gantung..?



Title menarik perhatian anda? Ternyata anda berjiwa muda dan remaja. Haha. Dalam liku liku kehidupan ni, tipu la kalau awk ckp awk x pernah terfikir psl kahwin. Tapi topik hari ni lebih kepada konsep Nikah Khitbah atau dalam erti kata lain Nikah Gantung. Apa yang di maksudkan dengan nikah gantung? Sama-sama kita perhalusi satu persatu baris ayat di bawah.






Nikah gantung (atau dalam Bahasa Arab disebut Nikah Khitbah) sebenarnya bermaksud pernikahan di mana pasangan pengantin tidak duduk serumah dalam satu-satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama kedua-dua belah pihak. Tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri juga diringankan dan boleh dilepaskan.

Dalam kata lain, majlis akad nikah diadakan terlebih dahulu tapi majlis kenduri kahwin (walimatul urus) diadakan kemudian. Penangguhan majlis kenduri kahwin tersebut boleh hingga menjangkau tempoh bertahun-tahun lamanya.

Akan tetapi rukun-rukun perkahwinan seperti biasa perlu diikuti iaitu perlu ada suami, isteri, wali, saksi dan akad (Ijab Qabul). Tidak ketinggalan juga maskahwin pun perlu dibayar. Untuk hantaran boleh ditanggunhkan dulu.

Sebab-sebab biasa nikah gantung ini dibuat adalah seperti:

Suami masih tidak mampu menyara sepenuhnya kos hidup isteri seperti rumah sewa, pakaian dan sebagainya.
Pasangan masih lagi menuntut dan masih belajar.
Belum bersedia memberi komitmen sepenuhnya dalam menunaikan tanggungjawab berumahtangga.
Setelah majlis akad nikah berlangsung, kedua-dua pasangan perlu tinggal secara berasingan sehingga benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Pada kebiasaannya pasangan ini akan tinggal di rumah ibubapa masing-masing.

Tujuan utama nikah gantung ini dilakukan ialah bagi mengelakkan berlakunya penzinaan dan kelahiran anak luar nikah. Setelah kedua-dua pasangan ini melalui nikah gantung, mereka boleh bertemu, berdating, dan bermesra. Malah jika melakukan seks pun hingga melahirkan anak ianya tidak salah dan tidak haram. Anak yang mereka lahirkan itu adalah sah hukumnya.

Walaupun mereka nikah gantung, mereka adalah pasangan suami-isteri yang sah di sisi agama Islam dan undang-undang Kerajaan Malaysia.

Dari sini anda dapat lihat bahawa kesucian institusi kekeluargaan itu dapat terus dipelahara. Si gadis yang hamil dalam tempoh nikah gantung tidak perlu berasa panik dan gerun oleh kerana anak yang dikandung adalah sah. Dengan ini kes-kes dan isu pembuangan bayi tidak akan berlaku.

Di sinilah anda boleh lihat bahawa ajaran Islam itu amatlah mudah dan mampu meringankan umatnya dalam menjalani kehidupan seharian.

Semoga dengan perkongsian ini memberi manfaat buat anda.

FAKTA: Kebanyakan umat Islam kurang mempunyai kefahaman mengenai Nikah Khitbah dan takut mengambil risiko. Sama-sama kita semarakkan ilmu agama semoga kita sentiasa mendapat kefahaman :)

Saya faham, ramai remaja skrg ni sy lihat dah byk yg duk sibuk ckp pasai kahwin. Niat tu dah ada, cenderung tu dah ada. Tapi yg kita takutkan, adalah, apabila lelaki dan perempuan saling bercinta, tnpa sebuah ikatan yg sah. Macam2 boleh jadi, berapa byk dosa boleh timbul. Kalau dating berdua pun, itu dah di kira mendekati zina. Kita rujuk balik ayat La taqrobu zina, fil ma'na, jangan kamu menghampiri zina.

Dalam Al-Quran dah tertera perintah Allah yg sedemikian. Masih berani mu nak buak? *Accent ganu kejap. Hehe. Cinta tu kan sesuatu yg suci, jgn lah di cemari dan dinodai dengan perbuatan yg keji. Kalau dh teringin sgt nk bercinta, biar lah dengan aliran yg betul. Cakap i love you pun dah kira dosa. Tapi, kalau dah kahwin, cakap i love you pada isteri dah dikira pahala. Tak ke mudah gitu? Tapi cinta isteri tu cinta jugak, jgn smpai terabai cinta pada pencipta cinta itu sendiri yakni Allah Azza Wajalla. Sebagai student, yg sy nmpk, ini la cara paling terdekat. InsyaAllah, niat kerana Allah, Allah akn permudahkan. Membina masjid tu kan, perbuatan yg mulia :P dok gitu..?

Bukan apa, ada hikmah sbnr ny kalau kahwin muda, suka bagi saya untuk memperingatkan kaum lelaki, ada kajian dibuat oleh ahli saintis, hasil kajian tersebut mendapati lelaki yang berkahwin lewat, boleh menjadi punca anak kurang bijak. Kesahihan fakta masih dalam pemerhatian. Lalalala.



Bagi mereka yang rungsing, memikirkan bagaimana pula dengan pelajaran mereka nanti. Maklumlah, sudah ada suami, hati dok ingat kat hok suami ja. Lagu mana..? Mu tokse risau. Dah ada yg cuba, ini bukti nya :)


macam yang saya sebutkan tadi, InsyaAllah, jika niat kerana Allah. Allah akan bantu dan permudahkan. Yakin pada Allah. Patuh pada Dia. Masakan dia tidak mahu menolong mu wahai hamba Allah yang beriman?
basic dia kena jaga ibadah2 yg lain dulu. Solat jangan jadikan mainan. MESTI. WAJIB cukup 5 waktu plus minus Sunat Qabliyah dan Sunat Ba'diyah untuk additional. Kerana jika solat mu sempurna, insyaAllah, sempurna lah yg lain nya. Semua nya bermula dengan hati. Apa-apa pn, renung-renung kan, dn selamat beramal :)


p/s: Selagi boleh tahan tu, tahan la kejap 2 , 3 tahun lg. Tak lama, pejam celik, kejap je :)
       jika ada yg tersilap, author minta agar di tegur utk perbaiki mana-mana yg
       khilaf dalam diri author.
       Terima Kasih :)

Link Mengenai Nikah Khitbah oleh Ustaz Azhar Idrus: http://www.youtube.com/watch?v=-JvpNrNp3aA

4 comments:

  1. bgos snanye nikah khitbah ni berbanding couple..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Even for me, sbnr ny istilah couple tu sendiri tidak pernah wujud dalam kamus islam. Hanya org muda zmn skrg yg terpengaruh dgn konsep barat. Wallahu'alam :)

      Delete
  2. Well, depends lah~ Kalau boleh handle, then we should go straight away~ But remember, the thing is pengetahuan tentang perkahwinan~ Of course, perkahwinan boleh menjauhkan diri dari maksiat and all, tpi pengetahuan pun sama penting~ Plus, kalau nak kahwin, especially lelaki, kena bear a great responsibility to his wife~ At least have a stable job untuk tampung keluarganya~

    ReplyDelete
    Replies
    1. That's it. Knowledge. Memang sgt penting. Bygkn, kalau mandi wajib tak sempurna, ambil wudu' dlm kejahilan. How come Allah nak terima ibadah kita. Basic tu wajib ada. Like i said before, jaga solat. Ilmu jgn di ketepikan. Tp sbnr ny asal dh ada basic pgthuan tu dh boleh go dah. InsyaAllah, pelan2 belajar dalam tempoh tu. Wallahu'alam :)

      Delete